BISKUT JEJARI OAT


Resipi sebahagian dari resipi yang tersimpan rapi dalam laci. Asalnya resipi ni aku dapat dari officemate, (kak mona namanya) yang rajin mencuba resipi baru.. Kalau buat biskut oat, hanya resipi ni yang aku guna.. hasilnya memang marvellous and sodap baitu.... kepada penggemar biskut buatan sendiri, boleh la try... 

BAHAN-BAHAN

250gm oats
430gm tepung gandum
230gm caster sugar
1 1/2 tbs cocoa powder
200gm minyak sapi
125gm butter
Milk powder - for coating

CARA-CARA:

1. Campurkan oats, caster sugar, cocoa powder, minyak sapi dan butter di dalam mangkuk pengadun. Gaul dengan spatula kayu atau whisker hingga rata. 
2. Ayak tepung. Masukkan tepung ke dalam adunan oats sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga membentuk doh. Tepung tak semestinya diguna semua. Agak-agak sesuai untuk dicanai dan boleh dipotong.
3. Canai setebal 1cm dan potong berbentuk segiempat bujur seperti jejari.
4. Bakar pada suhu 170 darj celcius selama 15min - 20min menggunakan api atas dan bawah. Tak perlu hingga terlebih garing kerana, walaupun masih agak lembut waktu siap dibakar tetapi setelah sejuk ia akan mengeras dan rangup.
5. Sejukkan jejari oats di atas rak dawai dan golek-golekkan di dalam susu tepung hingga tersalut sepenuhnya. Simpan dlm bekas kedap udara. 

Comments

  1. thanks di atas tesepi yg d beri.sy dh try n hasilnya mmg menjadi.hppy sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh. Tahniah sis.. Sorry ambil bertahun nak reply mesej awak... tp belum terlewat nak says congratulation for the try... :)

      Delete
  2. Replies
    1. Eh, yeker.. Sis silap adun ke? Biskut2 / cookies, sis jangan adun guna mixer tau. nanti terkembang, memang jadi semangkuk pulak.. eh.. silap. kalau guna & butter dipukul kembang, cookies akan mencair bila bakar.. So sis just adun manja-manja guna tangan atau senduk je guna & butter tu

      Delete
  3. Kalau ikut sukatan yg sis bg ni dpt byk mna ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut sukatan ni, sis akan dapat dalam 1 balang lebih

      Delete
  4. First time buat jadi..tray first nice..second tray bakar hangus..dpt satu balang sederhana cukupla..sbb muak ada susu tepung n minyk sapi.

    ReplyDelete
  5. kalau tak silap resepi ni jg sy duk guna tiap tahun buat kuih raya..sy darab 3 semua..jadi 3 adunan..alhamdulillah menjadi..sy takda penimbang jd main agak2 dan sy letak nestum skit..serbuk koko sy letak lebih sbb suka bau koko..so far alhamdulillah sgt menjadi..wangii bau minyak sapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow, menjadi yer.. tahniah sis.. minyak sapi memang kalau masak apa-apa semua jadi wangi & sedap

      Delete

Post a Comment