Monday, 11 January 2016

CANTIK CERIA DENGAN VITAMIN E



Meh mak jemah nak share kebaikan vitamin E ni, selain dr kecantikan sgt byk faedah lain vitamin e ni, kalau nak tahu vitamin e ni dikenali sbg 'vitamin cinta' sbb bertindak utk merapatkan hubungan suami isteri. Hah apalagi kalau takut nak mkn jamu n ada masalah ini jom telan vitamin e :)

Sumber vitamin E ni selalunya dr kekacang, minyak sayuran, sayuran hijau dan bijirin.
Antara khasiat2 vitamin E ini adalah:-

  1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam. 
  2. Vitamin E kaya dgn antioksidaan yg dapat mencegah penyakit kanser
  3. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan aerola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Parut strecth mark akan semakin pudar. 
  4. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.
  5. Mengembangkan salur darah serta dapat menghalang pembekuan darah dr berlaku
  6. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.
  7. Vitamin E dapat menghilangkan masalah parut jerawat, jeragat dan tompok hitam
  8. Mencegah penyakit alzherimer


Pss.. kalau hangpa nak beli Vitamin E Shaklee boleh habaq mai na.. 



Sunday, 10 January 2016

JAMU MANJAKANI NAWFARA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan rendah dirinya mak jemah nak umumkan yang mak jemah dah launch produk supplement Manjakani jenama mak jemah sendiri iaitu NAWFARA.

Produk ni rasanya dah dalam 3 bulan masuk pasaran. Alhamdulillah, terlebih laku plak dan diluar jangkaan mak jemah. Mungkin hangpa tak perasan kot. Mana taknyer.. mak jemah tak pasarkan online sangat pun. Just promote ‘Mouth to mouth' bak kata orang jawa.. hahahha. Agaknya kalau mak jemah promote kat FB Ads mesti lagi la terlebih laku.. J

Mak jemah bukan nak kata apa, jamu mak jemah ni memang totally produk orang kampung tau. No additive okey.. original dari manjakani. Mak jemah boleh jamin kalau hangpa makan ikut aturan cara makan, hangpa takkan menyesal amalkan jamu mak jemah..


Nak maklumat lanjut pasal apa jamu Nawfara mak jemah ni sangat bagus, hangpa boleh tengok blog kecantikan mak jemah ni ha..



Ni ha gambaq jamu Manjakani mak jemah.. kemah kemuh kemih kemang bak hang… 





Sunday, 5 July 2015

PIZZA HOT YANG SANGAT MAVELES

Assalamualaikum,

Lamanya tak jumpa kan.. Dah bersawang dah wall ni ha.. Almaklumla mak jemah ni terlalu bz ngan aktiviti harian, baik dirumah atau berjoyah.. grr.. ade ker mak jemah berjoyah.. J tolong skit yer. Mak jemah ni tak larat nak berjoyah tau. My time full with activities.. sapa cakap? Mak jemah yang cakap.. hahah..

Lagi2 bulan posa nih, letih mak jemah nak siap kan juadah. Hari2 yang sangat sibuk. Mana tak nyer, since mak jemah amik tempahan tudung ni, time senggang mak jemah sangat la limited. Resipi2 baru pun tak sempat nak try lagi.. setiap hari berbuka, juadah simple2 jer yang di hidang. Alhamdulillah suami tak merungut. Dia makan la apa yang ada. So far dalam bulan posa tahun ni just 2 kali jer kami melawat bazar.. walau sesibuk & seletih macamana pun, mak jemah lebih suka masak sendiri. Simple pun xpe asalkan terjamin kebersihannya.

Panjang nyer mak jemah membebelkan.. jangan marah na… Ok hari ni mak jemah nak share resipi pizza yang bagi mak jemah roti dia sangat gebu. Mak jemaah buat untuk hidangan juadah buka puasa kami last week. Walaupun dah sejuk, doh masih lembut.. Meh terjah resipi bawah ni erk.. bab topping mak jemah ubah ikut anak tekak mak jemah.. mana yang ada kat peti ais tu mak jemah rembat jer.. J
credit pada kak azie kitchen yang share resipi beliau.. memang maveles..

Bahan-bahan
1 ½ cawan air suam
2sk yis (tak kisah jenama apa)
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
¼ sk garam
a/4 cawan minyak sayuran
sedikit minyak sayuran (untuk lumur)


Topping
Sos pasta jenama adabi (ikut hangpa nak pakai jenama apa)
Keju mozarella, Cili benggala (capsicum),  Cendawan butang, Bawang holand, Sosej/daging cincang/ayam cincang dll,  Cheddar cheese, Nenas potong dadu &  Apa saje jenis yang hangpa nak bubuh la..

Cara-cara
Campurkan semua bahan, kacau rata semua adunan. Masukkan air suam dan uli doh hingga betul2 teradun. (ingat tau, garam & yis jangan bubuh berdekatan coz garam boleh mematikan yis).
Uli dalam masa 15 minit. Kalau adunan masih lembik, lumur tangan dengan minyak..
Bila dah siap uli, biarkan doh dalam bowl selama 15 minit (sehingga naik 2 kali ganda).
Tumbuk2 doh yang dah kembang tu untuk keluarkan angin.
Gelek doh tadi & letak dalam loyang dan tabur la topping mengikut kegemaran anda..

Pinjam gambaq azie kitchen sat na.. lupa nak tangkap gambaq masa lumur sos tu.. 
Ni antara topping yang mak jemah guna




Ha.. tengok2... terliuq tak hangpa bulan2 posa nih... 




Monday, 13 April 2015

SET BUDGET SHAKLEE YANG MENGUNTUNGKAN

Assalamualaikum..

Kita bertemu lagi hari ini!!
Hari ni ceq nak sembang sikit pasal set baget shaklee yang tentunya menguntungkan pembeli.

Kenapa ceq kata ia menguntungkan?? Sebenarnya mcmni.. seperti yang uols tahu, setiap pembeli mempunyai tahap kecerewetan tersendiri. Sesetengah pengguna 3,4 kali try terus nampak kesan yang memberangsangkan. Tp sesetengah org plak, kesannya lambat skit.. 

Jadi bila beli banyak biji sekali gus, kadang2 agak membazir coz sstgh org tu baru makan 10 20 biji, terus x nak makan lagi. Alasannya tak serasi. Sudahnya supplement yang mahal expired mcm tu je.

Untuk memudahkan pembeli membuat keputusan, trial set tu penting. Coz pembeli akan ada pilihan. Kalau serasi, boleh la teruskan makan utk kesihatan.

Actually atas dasar itu lah ceq nak offer pada pelanggan setia atau bakal pelanggan ceq mencuba pekej few offer ni.. 

Dgn setiap pembelian pekej set trial ni, ceq akan bg free gift tau.. ha.khas buat customer kesayangan.. 


Kalau nak order uols wasap tau.. ceq akan cuba bantu yang terbaik...

Sunday, 5 April 2015

WOMEN LOVE - CANTIK LUARAN, KETAT DALAMAN

Hanya koyak & tuang atas lidah. Rasa oren vitamin C.
Hanya semudah itu untuk cantik luaran & dalaman dengan WOMAN LOVE!

KAMI TAHU APA YG KAUM HAWA NAK. KAMI TAHU APA MASALAH MEREKA. KERANA KAMI JUGA WANITA!

Insyaallah, dengan WL anda takkan menyesal. Tapi dengan syarat, banyakkan minum air masak & kurangkan minuman ais & kafien.

Kulit putih licin hingga hujung jari kaki ~ Dalam mcm anak gadis umur 17tahun. DIJAMIN PENGGUNA KAMI SENYUMMMMMM memanjang!


FUNGSI UTAMA PRODUK:
 Untuk kecantikan kulit seluruh badan.Cerah.Gebu.Berseri.

LAIN-LAIN KELEBIHAN: 
Mujarab menghilangkan jerawat/bintik2 halus terutamanya di belakang badan & lengan.
 Ketiak sangat cerah,bersih & tidak kembali gelap.
 Kulit sangat halus & licin.
 Kulit cerah sekata.
 Memudarkan parut.
 Bentuk badan semakin kemas&menarik.
 Membersihkan “dalaman” wanita.
 keputihan keluar di awal pengambilan. Semakin hari semakin bersih & bersih.
 Mujarab untuk merapatkan rahim.
 Melancarkan period.
 Mencantikan payudara & punggung.
 Semakin cantik & menarik dengan pengambilan yg konsisten.

 

INFO PRODUK:
 Harga RM140(sm) RM150(ss).
 1kotak mempunyai 30sachetx5g.
 Pengambilan 2sachet setiap hari.
 Tiada masalah jika ambil lebih dari 2sachet.
 Perisa oren
 Terus tuang ke atas lidah. Ia meresap dengan cepat melalui enzim liur.
 Kesan seawal 2hari- 1minggu ke atas.
 Kesan lebih ketara jika diambil secara konsisten.
 Elakkan minuman berkafein & lebihkan air putih.
 Ibu BF boleh ambil. Pantang untuk ibu PREGY sahaja.

sms/whatsapp: 0132983980 for order!


Saturday, 4 April 2015

LAKSA PENANG

Assalamualaikum.. lately ni asyik sibuk dengan entry pasal produk kecantikan & supplement. So hari ni nak share resipi laksa penang. Baru tengahari tadi buat untuk menu lunch. Alhamdulillah, rezeki Allah.


Bahan-bahan (boleh la dapat makan untuk 10 orang)
A
1 kilo ikan kembong
B
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
30 batang cili kering (buang biji)
3 batang bunga kantan
seikat daun kesum
sedikit belacan..
Air bersih (agak2 dalam 3 balang dari bekas blender)
4 keping asam keping
Garam/gula/perasa (agak2 la asalkan semua cukup masin, masam, manis/lemak)

Laksa Mee
Rendam Laksa mee selama 2 jam.. 
Rebus Laksa mee hingga lembut. 

Hiasan
Timun
Nenas
Daun Salom
Bawang besar
Cili padi

Cara-cara
Bahan A
Bersihkan ikan & rebus ikan kembung. Bila dah lembut ikan tu, buang tulang ikan bersih2.. 
Dah confident bersih, masukkan air bersih dalam blender & blend hingga lumat.

Bahan B
Blend bawang besar, bawang putih, cili kering, belacan. 
Masukkan bahan B dalam periuk, asam keping, bunga kantan, daun kesum. Biarkan atas api sederhana hingga cili betul2 masak.  atau dalam 20 minit. 

kemudian masukkan pula ikan kembung yang dah siap blend,, pastu masukkan plak garam, gula dan serbuk perasa ikut taste anda.. 

Tips: kalau nak kuah pekat, kurangkan kuantiti air, tapi nak cair skit, boleg tambah air lagi.. 

Selamat mencuba ok




Sunday, 29 March 2015

TIPS SIHAT DAN CERIA

Setiap insan yang bergelar wanita, sudah tentu ingin kelihatan cantik. Secara amnya, ramai nak cantik di luaran. Jujur kan.. semua nak cantik. saya juga, ingin kelihatan cantik, sihat fizikal & mental.
Kekadang tu kita lupa untuk jaga kecantikan rohani..

Perghh.. Panjang betul intro dia..

Orait. Actually mak jemah nak share tips penjagaan ikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Kita selalu baca tips penjagaan kesihatan yang di momoklah oleh pakar2 kesihatan barat hingga kita lupa dengan ajaran yang berkesan dari Nabi junjungan kita.

So, mana yang mak jemah boleh  share kita ambil sebagai panduan yer.. mana yang buruk datangnya sari saya, dan yang baik semuanya datang dari Allah.

Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat..

Kredit pada http://akuislam.com/.


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

TIDAK PERNAH IRI HATI

PEMAAF

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...