MAZOLA RANGUP

Hi.. Jumpa lagi di petang yang dingin ni.. Sekarang waktu break. Just 40 minutes lunch break sempena ramadhan ni. U ouls mesti sekarang tengah sibuk fikir persiapan hari raya kan??? Aku pun macam tu gak. Tempahan coklat pun dah siap semuanya.. Dah hantar pun pada customer pun.. Penat sungguh.. So dalam masa yang berbaki 7 hari ni, segala-galanya nak kena siapkan.. Baju raya?.. erm... aku tak beli banyak pun.. satu jer dah memadai.. maklumlah, baju raya yang lepas2 semua masih elok terletak dalam almari tu.. Bukan pakai sangat baju raya nih.. hanya laku dipakai bila time kenduri. Tempat kerja aku ni pun kena pakai uniform. so takda hal lah nak beli banyak2 tuh.. 

Kalau bab kuih raya tu, kebanyakkannya aku kuih tunjuk (heheheh.. order la tuh).. Tapi ada satu biskut raya ni yang aku tak penah beli iaitu biskut Mazola.. Macam tahun lepas, atas permintaan abang aku buat sendiri biskut ni (memang favorite dier). Resipi ni aku tak ingat amik kat mana coz dah tersimpan lama dalam laci komputer ni.. kalau nak baca resipi, aku tinggal print jer... heheh..  tapi memang rangup & sedap. Cuma kena edit skit dari segi kuantiti kacang tanah (coz aku suka kekacang yang banyak). 

OK.. pada pembaca yang memang plan nak buat biskut raya, boleh try resipi ni.. memang sedap.. pada tuan empunya resipi (sorry tak ingat dari blogger mana) minta ampun ya.. terpaksa modified skit resipi nih.. Cuma gambar ker aku pinjam dari sini


Bahan

2 cawan minyak zaitun mazolla
3 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan kisar kasar tau)
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula
sedikit garam
Kuning telur

Cara

1- Campurkan semua bahan kecuali minyak dengan tepung gandum.
2- Gaulkan sampai adunan sebati.
3- Kemudian masuk minyak dan uli sampai lembut
4- Bentukkan adunan jadi bulat dan letak kacang tanah sebiji diatas adunan.
5- Sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 180 darjah selama 12-15 minit atau sampai kekuningan.

Comments