MARBLE CHEESE CAKE


Resipi yang diperolehi hasil dari kelas membuat kek yang aku sertai pada bulan lepas di bawah program 1Malaysia. Lepas belajar kelas ni, baru aku tau mudah nyer buat kek ni.. Kelas ni hands-on method. 

Kek Span yang siap dibakar

Selapas dituang cheese nya, dan lorekkan corak sarang labah-labah..

Selepas siap dibakar... yummy...
Bahan-bahannya:

A
250g Sponge mix cake
4 Biji telor (basuh dulu tau kulitnya)
60ml air
2 camca besar lemon paste
1 sudu teh asen vanilla
B
60g minyak jagung

Cara-cara:
Pukul semua bahan A hingga kembang pada kelajuan tinggi selama 8 hingga sepuluh minit (gebu)
Kemudian masukkan minyak jagung & kaup balik dengan spatula secara perlahan untuk menyelakkan kek dari berminyak. Tuang ke dalam tin pembakar dan bakar pada suhu 170' selama 30 minit. 
Keluarkan dari acuan dan biar sehingga sejuk supaya kek tidak mengecut.

Krim Cheese untuk lapisan atasnya:

500 g cream cheese
150g Gula castor
2 biji telur (basuh dulu kulitnya tau)
2 sudu besar Lemon paste
100 g whipping cream
Blueberry filling secukupnya

Cara-cara:
1) Pukul cream cheese dengan gula hingga kembang
2) Masukkan telur dan lemon paste. Kemudian masukkan pula whipping cream dan pukul pada kelajuan sederhana. 
3) Ratakan blueberry filling atas permukaan kek span yang telah sejuk tadi. 
4) Asingkan 4 sudu besar cream cheese untuk dibubuh warna untuk di lorek atas permukaan cheese nanti. Masukkan dalam piping bag.
5) Tuang cream cheese keatas kek span dan ratakan. 
6) Ambil piping bag tadi dan lorekkan atas permukaan cheese ikut kesukaan anda, bakar pada suhu 170' selama 30 minit.
7) Letakkan bekas berisi air dalam ketuhar untuk stim dan tutp dengan aluminium.

Comments