RESIPI KARIPAP KARI KENTANG

Menu minum petang hari sabtu lepas adalah karipap kari kentang. Sebenarnya dah lama aku nak buat karipap ni.. Bhn dah lama ada kat dapur tu, cuma enjin jer yang belum start lagi.. hahahah.. Karipap ni simple jer.. just basic karipap dan rangup lepas digoreng. Pada beginner yang baru nak cuba buat karipap tuk insan tersayang/family leh la try resipi erkk... :)
Sebelum di goreng... belajar pintal dari bonda tercinta..
Ni ha inti kari kentangnya... pun belajar dari bondaku...
Untuk 10 biji karipap
Bahan-bahan inti
3 biji kentang bersaiz besar (buang kulit & potong dadu kecil2)
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5g udang kering
Daging cincang (ikut kesukaan yer)
Daun sup (dicincang)
Serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
2 cawan air
Serbuk perasa 
Sedikit garam & gula

Bahan doh
1 1/2 cawan tepung gandum
50g mentega
air (ikut kesesuaian masa menguli doh)
secubit garam

Minyak masak untuk menggoreng...

Cara-cara (inti)
1. Tumbuk bawang merah & bawang putih & udang kering hingga lumat. 
2. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan bawang yang telah di tumbuk. goreng hingga kekuningan & naik bau. 
3. Kemudian masukkan daging cincang, goreng sebentar. kemudian masukkan kentang, bancuhan serbuk kari & air. Gaul rata & biarkan sehingga kentang lembut dan kering sedikit.
3. Bila inti dah kelihatan kering, masukkan secukup rasa garam & gula & serbuk perisa (jika suka). 
4. Tutp api dan masukkan dalam bekas & biar sejuk. 

Cara-cara doh
1. Ambil mangkuk bersih, masukkan tepung gandum dan garam, gaul rata.. Buat lubang di tengah-tengah, masukkan mentega dan air sedikit.
2. Gaul semua bahan tadi hingga menjadi doh. Jika doh masih lembik, tambah kan tepung sedikit & jika doh jadi terlalu liat, boleh tambah sedikit air. Pastikan doh mudah di gelek dan tidak melekat. 

Cara Keseluruhan:
1. Gentel bulat-bulat doh tadi dalam sukatan 30g.
2. Gelek dengan penggelak dalam bentuk membuat dengan tahap kenipisan 0.2cm
3. Masukkan inti dan tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. Boleh juga kelim kulit menggunakan pelekap yang boleh didapati di kedai bahan bakeri. Jika dah mahir, boleh la melekatkannya menggunakan jari.
4. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan. 

Note: Kalau malas nak goreng semua, boleh jadikannya sebagai frozen. Balut setiap sebiji dengan plastik yang berasingan agar ia tak melekat antara satu sama lain. Simpan dalam bekas tertutup dalam freezer. 

Selepas digoreng.. Maaf la yer, leka sikit sampai nampak terlebih kekuningan plak.. :)
 SELAMAT MENCUBA...

Comments

  1. KIRTANAA PALANIAPPAN27 August 2015 at 18:42

    thanks ....... for this resipi ...it help me a lot in my school assaiment... we need to cook kuih tradisional.

    ReplyDelete
  2. Welcome sis.. Sorry for my late reply.. A bit busy lately plus with pandemic now hit worldwide.. Have a good try for the traditional kueh.. Take care okay.. stay safe

    ReplyDelete

Post a Comment