Spageti Simple

Ondaway balik keje tadi dengan syahdunya dok pk apa juadah malam ni tuk di jamu pada anak & suami.. pk punya pk akhirnya dapat idea nak buat spageti simple yang penah buat bulan lepas.. tapi masa tu lupa plak nak amik gambo.. Tapi malam tadi lepas masak & sebelum hidang pada famili, sempat gak amik gambo nyer.. Sape2 yang suka makan spagetti, meh la try resipi simple ciptaan saya ni erk... enjoy..

Deco tak cantik sangat.. Tapi sedap...
Spageti Mudah

1 bungkus spagetti kering
3 ulas bawang putih (ketuk skit)
100g daging cincang
3 sudu besar Prego campbell (saya suka guna yang jenis cendawan nyer)
1 biji bawang merah (bawang merah lebih sedap & wangi berbanding bawang besar)
3 sudu besar tomato sos (kalau suka pedas boleh guna sos cili)
3 ketul ayam (ambil isi)
sedikit garam
sedikti serbuk perasa (saya suka letak perencah hilal)
air (secukupnya untuk rebus spageti)
sedikit minyak

Cara-caranya:
1) Didihkan air & campurkan sedikit minyak supaya spageti tidak melekat.

Untuk kuah:
1) Tuang sedikit minyak & tumiskan bawang putih hingga kekuningan (naik bau),
2) Kemudian masukkan daging kisar, daging ayam dan goreng hingga masak.
3) Bila daging & ayam dah masak, masukkan pula sos prego & sos tomato. Masukkan sedikit air supaya sos tidak terlalu pekat. Tunggu hingga mendidih.
4) Siap..

Untuk hiasan:
Potong daun bawang atau daun basil, tabur atas spageti tadi..

Comments