Monday, 22 August 2011

NASI LEMAK SPECIAL

Menu berbuka puasa semalam. Hari ni nak share ngan u ouls.. Ni resipi I sendiri. versi basic.




Nasi Lemak Special
Resipi asal: Dapur SecretGarden


Bahan Sambal
20 batang cili kering (buang biji)
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Sedikit belacan (ikut kesukaan anda)
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak
1 cawan air


Cara buat sambal
1. Blender semua cili kering, bawang besar, bawang putih & air sehingga benar2 hancur.
2. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, masukkan hasilan cili dan bawang kedalam kuali. Kacau dan masak sehingga naik minyak. kemudian masukkan belacan, garam & gula.atau sehingga ianya benar2 mengikut citarasa anda. Kacau lagi sehingga cili benar2 masak. Sambal perlu sentiasa di kacau bagi mengelakkan ianya hangit.


Bahan Nasi
3 pot beras
Sedikit halia
2 batang serai
Santan (sukatan mengikut jenis beras anda)


1. Basuhkan beras. Bila dah bersih, masukkan santan, halia dan serai. Masukkan juga sedikit garam.
2. So, sekarang boleh la masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik.


Bahan Hiasan
Timun
Kacang tanah (goreng)
Ikan bilis (goreng)
Ayam (ikut kegemaran-ayam goreng mesti ada coz husband suka makan ngan ayam goreng)
Telor rebus




Ok.. siap... selamat menjamu selera

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...