Tension nyer... banyak kerja betul.. boss ni bossy la... pakwe lari pulak...... arghhh... ermmm...
Ramai orang yang makan kononnya untuk menenangkan hati. Betul ke ia mujarab? Sebenarnya ia tidak dapat dipastikan kesahihannya dan berapa ramai yang mengamalkan diet tidak sihat ini. Yang pasti mereka akan mencari makanan apabila hati tidak tenteram.
Biasanya mereka akan memakan makanan yang mereka sukai yang lazimnya berkalori tinggi dan berlemak kerana secara psikologi, makanan ini boleh mententeramkan fikiran dan menyenangkan hati.
Dalam keadaan ini, kita biasanya tidak lagi memikirkan kaitan antara keperluan badan dengan makanan yang diambil. Sebaliknya hanya berkata "Tidak mengapa, sekali saja" untuk menyedapkan hati dan mengelakkan daripada rasa bersalah.
Sebenarnya, ramai yang tidak tahu, ketika kita dalam keadaan tertekan, proses penghadaman akan menjadi lebih perlahan berbanding bila kita makan dalam keadaan biasa. Malah dalam keadaan ini juga, penghasilan enzim menghadaman mengurang dan bekalan darah ke usus juga akan menurun dengan sendirinya. Secara semulajadi, lebih banyak darah akan disalurkan ke otak dan otot sebagai tindak balas untuk mengurangkan tekanan. Inilah sebabnya proses penghadaman berlaku dengan lebih perlahan dan nutrien dari makanan tidak dapat diserap sepenuhnya.
Badan pula akan emngambil protien daripada tisu atau organ. Jika tekanan tidak cepat diatasi, proses ini lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan tisu dan pelbagai masalah kesihatan mudah timbul seperti selesema, pneumonia, atau asma. Jesteru, pemakanan seimbang dan sihat amat penting dan mesti diutamakan bagi mengelakkan masalah kesihatan seperti kolestrol dalam badan berlebihan atau kegemukan. Tidak salah mengambil makanan jika ia dapat membantu menenangkan, tetapi biarlah diambil dalam kadar yang betul dan pada kadar yang sederhana.
Comments
Post a Comment