DEMAM DRAMA ADAM & HAWA

Korang mesti perasan kan....... Sekarang ni tengah demam drama yang telah diadaptasikan dari sebuah novel tulisan Aisya Sofea iaitu Adam & Hawa.. yang pasti rating drama ini semakin hari semakin meningkat.. Drama ini mempunyai 80 episod dan lakonan pelakon-pelakon yang hebat

Tapi sayang, drama ni hanya boleh di tonton di Astro Mustika HD. So sesapa yang takda Astro Mustika tak dapat la nak tengok. Sedih kan... tapi jangan risau, kalau tak boleh tengok dari Astro, apa kata beli jer novel dia terus... Pasti teruja... Bila tengok citer ni, aku jadi tak sabar nak tengok episod seterusnya. Yang tak bestnya pulak, cuma ditayangkan 30 minit jer.......so setiap kali citer ni habis, hati aku teuja sangat nak tengok episod seterusnya... 


Jalan cerita ni sangat2 best. Walaupun pelakon wanita utamanya kurang popular, tapi dia pandai membawa watak remaja kampung yang naif tetapi mempunyai pendirian yang bagus... manakala watak pelakon lelaki pulak sangat2 la playboy... tergugat iman gue bila tengok hero ni... heheheh...

Jom baca sinopsis citer ni yer...

Drama adam dan hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.


Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada AdamMukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.
Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan djchef berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga.

Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan
mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.


Sambungan sinopsis drama adam dan hawa astro, Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.
Apa yang akan terjadi seterusnya? saksikan lah.......

Comments