Tangggungjawab Seorang Lelaki

Pertama:- AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak  perempuannya di dunia. Dia tidakmemberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- SUAMINYA
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri....
walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya. ....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar elencong dari ajaran ISLAM....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...

Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.....

Dalam Quran, Allah SWT berfirman:
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu
dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan
batu;
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang
tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan- Nya kepada mereka
dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (QS 66:6)

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda... kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.....jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan
ikhlas..

Comments