KETAM MASAK LEMAK CILI API

Entry hari ni adalah menu berbuka aku malam semalam. Ketam masak lemak cili api. Asalnya nak buat masak lemak daun puri, tapi melilau nak dekat 1/2 jam cari parking kat pasar ni sampai mood pon hilang. At last dapat gak parking.. Jalan2 punya jalan kat pasar tu, cari daun puri tak jumpa, then tetiba ternampak sang ketam terjelepok kat abang penjual ikan.. bila tanya harga, masyaallah mahal giler.. RM30.00 sekilo... huhuuu.. mentang2 la bulan puasa, semua pakat naikkan harga.. tapi walaupun mahal amik gak ketam tu.. tapi 3 ekor ajer lah.. tapi reganya pun dah RM10.00. bukan besar pon ketam tu.. jadilahhhh.... 

Resipi ni memang simple.. bahan pun tak banyak.. masakan tanpa guna minyak.. yang penting sedap...



KETAM MASAK LEMAK CILI API
(untuk 2 orang makan)

Bahan-bahan
Ketam 3 ekor (buang cengkerang)
2 cawan air 
3 ulas Bawang merah (kalau guna bawang besar, sebiji dah cukup)
5 batang cili padi
1 batang serai (ketuk skit)
2 helai daun kunyit
1 sudu kecil serbuk kunyit (supaya nampak kekuningan)
1 cawan santan (kalau nak campur heavy cream pun ok, 1/2 cwn heavy cream + 1/2 cwn santan)
Gula dan garam secukup rasa 

Cara-cara
1.  Basuh ketam hingga bersih. 
2. Kisar bawang merah bersama cili padi hingga hancur bersama 2 cawan air. Masukkan kedalam periuk bahan kisar bersama serai dan reneh hingga bawang & cili benar masak atau selama 5 minit. 
3. Selepas itu, masukkan pula ketam dan reneh lagi selama 10 minit. Masukkan pula santan, daun kunyit dan sedikit serbuk kunyit, gula garam dan reneh lagi dengan api yang kecil. Rebus lagi selama 2 minit atau hingga nampak mendidih. 
4. Siap untuk dihidang & dimakan bersama nasi.. 

Selamat mencuba

Comments