Sebelum ni saya pernah share resipi spagetti yang simple gak. Tapi hari ni saya nak share satu lagi resipi spagetti yang simple yang saya edit skit ikut citarasa saya. Ni adalah menu utama saya masa berbuka malam tadi. Resipi ni saya goreng terus bersama sos spageti diatas kuali, ala-ala mi goreng...tapi sedap sangat... So sesiapa yang teringin nak makan spageti air tangan sendiri boleh la follow.... pastu nanti komen skit k... daaa....
Bahan-bahan
1 bungkus spageti
Bahan-bahan
1 bungkus spageti
Sedikit minyak masak (untuk menumis)
1 cawan daging kisar
50 g cendawan butang
1 tin prego jenama campbell (tomato puree)
3 ulas bawang putih
2 sudu heavy cream (saya suka letak cream ni coz rasa lemak2 skit)
Sedikit garam (ikut kesesuaian rasa)
Sedikit gula (ikut kesesuaian rasa)
Sedikit lada sulah & lada hitam
Cara2:
1. Mula2 panaskan air untuk merebus spageti. Tunggu hingga spageti lembut dan masak. (Tips: masa merebus spageti, campur 1 sudu kecil minyak masak untuk elakkan spageti melekat)
2. Tumiskan bawang putih, bila dah agak wangi masukkan pula daging kisar dan cendawan butang. Tumis sehingga daging empuk. Jangan terlalu garing sangat coz daging kisar akan cepat empuk. Bila dah empuk, masukkan prego cambell dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula heavy cream dan gaul lagi hingga benar2 masak.
4. Sedia untuk dihidang...
Comments
Post a Comment