PIZZA HOT YANG SANGAT MAVELES

Assalamualaikum,

Lamanya tak jumpa kan.. Dah bersawang dah wall ni ha.. Almaklumla mak jemah ni terlalu bz ngan aktiviti harian, baik dirumah atau berjoyah.. grr.. ade ker mak jemah berjoyah.. J tolong skit yer. Mak jemah ni tak larat nak berjoyah tau. My time full with activities.. sapa cakap? Mak jemah yang cakap.. hahah..

Lagi2 bulan posa nih, letih mak jemah nak siap kan juadah. Hari2 yang sangat sibuk. Mana tak nyer, since mak jemah amik tempahan tudung ni, time senggang mak jemah sangat la limited. Resipi2 baru pun tak sempat nak try lagi.. setiap hari berbuka, juadah simple2 jer yang di hidang. Alhamdulillah suami tak merungut. Dia makan la apa yang ada. So far dalam bulan posa tahun ni just 2 kali jer kami melawat bazar.. walau sesibuk & seletih macamana pun, mak jemah lebih suka masak sendiri. Simple pun xpe asalkan terjamin kebersihannya.

Panjang nyer mak jemah membebelkan.. jangan marah na… Ok hari ni mak jemah nak share resipi pizza yang bagi mak jemah roti dia sangat gebu. Mak jemaah buat untuk hidangan juadah buka puasa kami last week. Walaupun dah sejuk, doh masih lembut.. Meh terjah resipi bawah ni erk.. bab topping mak jemah ubah ikut anak tekak mak jemah.. mana yang ada kat peti ais tu mak jemah rembat jer.. J
credit pada kak azie kitchen yang share resipi beliau.. memang maveles..

Bahan-bahan
1 ½ cawan air suam
2sk yis (tak kisah jenama apa)
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
¼ sk garam
a/4 cawan minyak sayuran
sedikit minyak sayuran (untuk lumur)


Topping
Sos pasta jenama adabi (ikut hangpa nak pakai jenama apa)
Keju mozarella, Cili benggala (capsicum),  Cendawan butang, Bawang holand, Sosej/daging cincang/ayam cincang dll,  Cheddar cheese, Nenas potong dadu &  Apa saje jenis yang hangpa nak bubuh la..

Cara-cara
Campurkan semua bahan, kacau rata semua adunan. Masukkan air suam dan uli doh hingga betul2 teradun. (ingat tau, garam & yis jangan bubuh berdekatan coz garam boleh mematikan yis).
Uli dalam masa 15 minit. Kalau adunan masih lembik, lumur tangan dengan minyak..
Bila dah siap uli, biarkan doh dalam bowl selama 15 minit (sehingga naik 2 kali ganda).
Tumbuk2 doh yang dah kembang tu untuk keluarkan angin.
Gelek doh tadi & letak dalam loyang dan tabur la topping mengikut kegemaran anda..

Pinjam gambaq azie kitchen sat na.. lupa nak tangkap gambaq masa lumur sos tu.. 
Ni antara topping yang mak jemah guna




Ha.. tengok2... terliuq tak hangpa bulan2 posa nih... 




Comments