CERCITER CUPCAKE COKLAT

Hari ni hari yang paling mengujakan + kerja melambak kat ofis yang terpaksa ditinggalkan sekejap.. Kisahnya macam ni.. semalam aku dapat immediate call dari officer Kolej Komuniti Jerai yang offer aku join kelas cupcake anjuran puteri UMNO.. Mulanya aku macam tak boleh pegi.. maklumlah immediate call without planning.. hahah... pk punya pk akhirnya aku decide amik tuk apply half day hari ni..

Sebenarnya aku dah terlewat sampai kat sana, maunya tak dengan takda transport nyer.. husband keje AS yang aku plak kat gurun, mana sempat dia nak balik amik aku.. Tapi Allah Maha Besar.. Dia selalu membantu hambanya.. Akhirnya aku dapat gak sampai ke kelas atas bantuan office mate aku.. 

Ok.. tu citer macamana susahnya aku nak dapat ilmu yang sedikit ni.. Tapi aku takkan putus asa nak pegi kelas pada masa akan datang.. Insyaallah.. Hasil dari ilmu yang aku dapat semalam, hari ini aku nak share resipi pada semua pengunjung sekalian... Jangan risau, resipi ni dah tested recipe, lembut & sedap...
Ni hiasan bear Che Tom... dia datang ngan anaknya...

Design dari group aku.. hahaha.. masih tahap beginner lagi






Kek Cawan Coklat

230g butter/mentega
250g gula castor
4 biji telur
200g tepung gandum
60g serbuk koko
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya:
1. Ambil satu mangkuk dan satukan tepung gandum, serbok koko dan baking powder, gaul rata. Letak tepi. Pukul butter dan gula dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.. 
2. Masukkan telur satu persatu
3. Kemudian masukkan campuran tepung gandum, serbuk koko dan baking powder sedikit demi sedikit. Gaul perlahan hingga sebati. 
4. Masukkan dalam cup dan bakar masak selama 20 minit dengan suhu 180'C. 
5. Hiaskan dengan buttercream atau fondant icing ikut kesukaan anda..

Note: Kalau nak salut dengan fondant, sekarang ni dah ada banyak ready made kat kedai bakery.. so beli jer kat sana.. tapi kalau nak buat sendiri pun boleh.. Bahan-bahannya:

A
10g Serbuk Gelatin
120g air
100g glucose
100g shortening
25g glycerine

B
1000g gula icing

Cara-caranya:
A.Campurkan gelatin, air. masak secara double boiler. Tambah glucose kemudian shortening, tutup api. Tambah pula glycerine. 
B. Dengan menggunakan mixer, gaul gula icing dan campuran A dan putar hingga menjadi doh. Apabila menjadi doh, tutp dengan plastic dan biarkan selama 2 jam sebelum digunakan. 

Selamat mencuba...

Comments