DONUT OH DONUT

Hari ni entah kenapa zahra teringin makan donut.. Aku cakap nak buat karipap, tapi dia kata karipap tak sedap, nak donut gak.. So, aku pun dengan semangat berjuang, cari la resipi kat internet ni.. Last2 aku telefon mak aku yang nun jauh kat shah alam tanya resipi buat donut.. Hasilnya memang lembut dan gebu walaupun bila dah sejuk. So sekarang aku nak share resipi ni tuk uols.. 






Untuk 15 biji donut
Donut Tradisi


250g Tepung gandum
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar gula halus (kalau taknak beli gula halus, boleh blender gula biasa sampai halus)
1 sudu kecil implex
1 sudu kecil pelembut roti
1 Sudu teh  yis mauripan
1 biji telor
50 grams butter (suhu bilik)
1 sudu besar baking powder
Satu cawan air


Hiasan: gula atau coklat masakan. 


Cara-cara
1) Gaulkan tepung bersama yis segera, implex, baking powder, pelebut roti dan gula halus sehingga sebati.
2) Buatkan lubang ditengah2 adunan tepung, masukkan mentega, telur dan air. Adun sehingga menjadi doh. Kalau melekat, tambahkan sikit tepung. 
3) Uli doh selama 15 minit. Selepas tu rehatkan doh selama sejam, tutup doh dengan kain lembap agar doh tak kering permukaannya. Biar ia naik 2 kali ganda.
4) Bila doh nak kembang, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Sekali lagi uli doh untuk kali kedua.
5) Selepas dah uli, bentukkan bulat2 dan lubangkan untuk jadi bentuk roda sehingga habis adunan doh. Biarkan sebentar untuk 20 minit agar naik satu kaliganda. 
6) Sementara donut nak kembang, panaskan minyak dengan api yang kecil. Bila doh dah ikut spec, boleh la goreng hingga kekuningan. 
7) Sekarang donut dah boleh gaulkan dalam gula atau dicelup dalam coklat masakan. 



Doh yang dah kembang..
Saje buat donut golek gula.. 
Selamat mencuba..... da..........

Comments