RESIPI DAGING KICAP ALA THAI

Selamat Menyambut Aidil Adha semua.. Rasanya masih belum terlewat untuk aku ucapkannya. Tahun ni aku beraya di Klang. Seperti kebiasaan tahun2 yang lepas, selepas solat raya rumah nenek menjadi destinasi utama untuk seluruh makcik2 dan sepupu aku berkumpul. Kat rumah nenek juga acara korban lembu akan diadakan.. Rezeki tahun ni memang lumayan dengan daging lembu.. Kat kampung aku tu tak silap ada dalam 30 ekor lembu yang tumbang.. Kat Balai Raya jer pun dah tumbang 16 ekor.. Jiran rumah mak aku pun buat majlis korban and tumbang 4 ekor.. Tu belum lagi jiran nenek aku & orang kampung yang buat majlis berasingan.. fuhh... lumayan...Alamatnya selama seminggu ni aku akan makan daging lembu jer lah.. hehheheh..

Ok. sebenarnya aku nak kongsi resipi daging kicap ala-thai yang simple giler.. Sebenarnya aku tak pernag buat & makan daging yang di masak macam ni.. Tapi semenjak aku berkahwin dengan suami aku yang berasal kedah/kodiang ni, first time aku merasanya.. Bapa mertua aku pun memang suka masakan ni.. walaupun simple, tapi sungguh berkhasiat dimana masakan ni tak perlukan minyak & kolestrol yang rendah.. Sebenarnya bila dah nikah ngan orang utara ni, nak tak nak aku kenalah biasakan masakan orang utara/kodiang ni.. kan.. kan... Eh.. banyak citer plak yer.. k ni resipi simple nyer..


Bahan-bahan:
1/2 kg daging lembu
5 cawan air (untuk rebus daging)
2 biji bawang besar
10 biji cili padi
1 biji limau nipis
kicap manis

Cara-cara:
1) Daging yang baru dibeli/daging korban, perlu dibasuh bersih hilang hanyir. Daging ini tak perlu dipotong.. Bila dah bersih terus masukkan daging dalam periuk berisi air. Rebus hingga lembut. 
2) Bila daging dah masak & lembut, hiris daging nipis2 menjadi menjadi seperti kepingan daging dna masukkan dalam mangkuk.
3) Hiris bawang merah & cili padi nipis-nipis. Masukkan dalam mangkuk yang berisi daging tadi..
4) Dalam mangkuk yang berisi daging dan cili, bawang, tuangkan kicap manis (sukatan ikut citrasa anda sendiri tau).. Kemudian perahkan limau nipis dan gaul sebati..
5) Siap untuk di hidang... 

Comments