BAHAN-BAHAN ADUNAN
125 gram mentega
1/2 camca teh esen vanilla
30 gram gula aising
130 gram tepung gandum*
15 gram tepung beras*(*disatukan dan diayak)
BAHAN HIASAN
150 gram coklat masakan, dicairkan secara kaedah double boiler*
1/4 camca teh lemak sayur*(*disatukan dan kacau rata)
Gula2 manik secukupnya
CARA MEMBUATNYA :
Putar mentega gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung dan gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bulat bersaiz 1 cm. Paip ke dalam dulang pembakar berbentuk jejari sepanjang 5 cm, kemaskan dan buat hingga siap. B
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit, sejukkan atas jaringan. Kemudian celup 1/3 bahagian biskut dalam coklat cair, tabur gula2 manik hiasan, biar coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara.
Comments
Post a Comment