OREO CHEESE CAKE - CREAMY

Kesekian kalinya aku buat lagi kek oreo cheese ni.. Ntah kenapa beberapa hari ni aku teringin sangat nak makan kek keju kegemaran famili... Actually aku nak buat kek ni weekend lepas, tapi tak sempat plak coz kitorang kena gi USM sempena convo kakak ipar.. Balik je dari USM, adik ipar bertandang kerumah.. Malam baru balik.... Then hari Isnin semalam baru aku berkesempatan buat kek ni.. Resipi kek ni aku tak ingat amik kat mana. Maklumlah.. aku ni pengumpul resipi tegar, tapi semua printing n simpan dalam laci.. time nak guna baru la garu kepala cari resipi yang paling best. Lastly aku main try jer resipi yang simple nih.. Tapi aku modified skit ikut suka aku... hehehehe...  Tapi hasilnya wallah... memang sedap n creamy skit.. Sapa yang suka jenis creamy2 nih memang sesuai la sangat... 

Meh try buat naa.....

Kek pun dah kena potong.. ni jer balance yang sempat snap..



Sebelum makan, simpan sejuk dalam peti ais.. yummy.... sedap nyer.....
Bahan-bahan:-

500g Keju krim
1/2 cawan gula halus (aku blend jer gula kasar)
2 biji telur 
1/2 cawan whipping cream (krim masam)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
50 keping Biskut Oreo (blend hancur)
30g butter
1 sudu kecil ovalette

Cara-Cara:

1) Panaskan oven pada suhu 180'c 
2) Cairkan butter. Gaul bersama biskut yang telah dihancurkan. bila dah sebati, tekan2 dalam loyang sebagai dasar kek.
3) Bakar sekejap selama 5 minit.
4) Masukkan keju, esen vanila dan gula. Gaul menggunakan mixer hingga kembang. Kemudian masukkan whipping cream dan putar lagi hingga sebati.
5) Masukkan pula telur dan mentega. Putar lagi selama 2 minit.
6) Masukkan pula tepung jagung dan ovalette. Putar lagi hingga semua bahan sebati dan sekata selama 10 minit. 
7) Lastly, masukkan dalam loyang tadi, bakar pada suhu 180'c selama 45 minit / atau sehingga bahagian tengah kek benar2 masak. Bakar secara steam bake tau... nanti hangus/kering plak permukaan kek tu. Satu lagi jangan lupa tutp permukaan kek dengan aluminum foil untuk mengelakkan permukaan kek terlebih kuning. 

Sejukkan kek sekurang2 4 jam. tapi lebih elok kalau semalaman n simpan dalam peti sejuk.

kalau nak tau, macam ni lah contoh teknik steam bake..



Comments