PELABURAN EMAS FIZIKAL

Selamat tengahari sume.. Dah makan ker belum? Aku? ermm.. burlb... kenyang dah.. heheheh..

K.. Hari ni aku nak bukak citer lagi pasal emas. Aku dah study lama pasal emas ni since orang sibuk citer pasal emas.. Emas sebenarnya sangat berharga. Uols pun tahu kan, harga emas makin lama makin melambung. Kalau harga dia jatuh pun tak da la sampai nak terjun sungai coz emas ni adalah commodity yang mempunyai nilai yang terlalu subjektif. 

Tahu tak korang, ada 10 sebab kenapa emas fizikal bagus untuk pelaburan? Sebabnya:-

 


1) Tiada pelaburan lain mempunyai kuasa memelihara kekayaan emas!
2) Emas harus menjadi sebahagian daripada portfolio setiap optimum pelbagai.
3) Fizikal (diperuntukkan) emas adalah cara yang paling selamat untuk melabur dalam emas.
4) Hutang semasa AS dan krisis perdagangan akan terus menaikkan harga emas naik.
5) Aset ketara dan cecair, emas adalah mata wang hanya benar-benar antarabangsa.
6) Emas mengekalkan nilainya melalui pergolakan politik dan sosial, peperangan, dan bencana alam.
7) Tidak seperti mata wang kertas, saham dan bon, emas akan pernah kehilangan nilai intrinsik.
8) Emas adalah pelaburan kalis inflasi.
9) Emas akan sentiasa dalam permintaan, dan permintaan yang semakin meningkat.
10) Emas sentiasa, dan akan sentiasa, logam yang paling berharga legenda di dunia.

Mengikut fakta, Emas dan wang kertas adalah berbeza. Emas adalah aset dan wang adalah kertas yang dijanjikan nilainya oleh sesebuah kerajaan. Kalau kerajaan sesebuah negara tu runtuh, maka jatuhlah nilai wang kertasnya. Berbeza dengan emas, kalau kerajaan tu runtuh, nilai emas masih kekal mengikut nilai pada pasaran dunia. Jadi kita simpan dalam emas sebab ianya selamat dari segi nilai.


Kalau ikut prestasi harga emas dari dulu sampai sekarang, memang harganya naik. Emas bukan sahaja digunakan dalam barangan kemas, malah digunakan dalam pelbagai industri lain. Emas adalah hasil galian bumi dan semakin lama semakin susah nak dapat emas. Oleh itu, demand bertambah dari tahun ke tahun tapi supply semakin berkurangan dan kos untuk mengeluarkan bijih emas semakin bertambah. Jadi bersandarkan pada pelbagai faktor, memang dalam jangka masa panjang harga emas akan naik dan terus naik tanpa perlu kita risau macam main saham.


Comments