Aku tertarik dengan kisah yang aku baca dalam Kosmo hari ni. Sesungguhnya, jika ada kemahuan disitu ada jalan. Jika niat itu baik, insyaallah Allah akan tunjuk jalan & dipermudahkan.
Cerita menarik
hari ini
Sumber:
Kosmo (23 Oktober 2012)
SARAJEVO
- Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji
di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut
selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang
saudara.
"Saya tiba di Mekah pada
Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup
saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.
Lelaki berusia 47 tahun itu
memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari
merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah
dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.
Hadzic memaparkan perjalanan
tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk
dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga
asing.
"Saya merentasi Syria pada
April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi
bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan
pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.
"Di sebuah pos kawalan
tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan
beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya
berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.
"Saya berjalan kerana Allah,
untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan
saya," tambah lelaki itu.
Di laman Facebooknya, dia
memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk
menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.
Semasa perjalanannya, Senad
berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan
mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.
Menurutnya, dia terpaksa menunggu
di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi
Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan
dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.
Note: Semoga hamba Allah ini mendapat haji yang mabrur... Subhanallah..
Comments
Post a Comment