DURIAN CREPE aka LEMPENG DURIAN??

Sana sini sibuk orang bercerita pasal durian crepe ni. Sedap ker? Ermm.. baru last week aku try makan.. itu pun ofis mate yang bagi rasa..  dia buat sendiri katanya..

My first impression is..  mmm.. boleh tahan, sedap juga crepe durian ni.. tapi bagi yang anti-durian, of course diorang tak berapa suka. Betul tak?..

Mengikut pendapat aku, sebenarnya crepe ni tak semestinya dibuat dengan filling durian. Kita boleh adjust and kasi tukar skit dengan filling dari buahan2 lain. Makanya kalau kita penggemar coklat, boleh juga kasi filling coklat tu & jadilah crepe coklat. Crepe ini bagi aku amat sesuai jika disimpan dalam freezer bagi menjaga dan meningkatkan keenakan crepe ni..

Kepada sesiapa yang nak try resipi baru, boleh la try resipi ni coz resipi ni office mate yang kasi. Last week aku ada try buat crepe ni.. boleh tahan juga sedap dia.. masa buat crepe ni, teringat plak kat mak aku.. kalau kat kampong, sebenarnya crepe ni macam lempeng @ kuih ketayap jer.. Cumanya filling ditukar pada durian & fresh cream. Bila dah diubah suai makanya jadilah ala-ala englay style la tuh (English + malay).. memang sesuai & sodap kalau anda plan nak ubah selera kampong anda. Try lah kalau rajin k…



Bahan-bahan
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 penutup esen vanilla..
  • pewarna kuning ( ni terpulang kat korang nak warna apapun )
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 biji  (basuh dulu tau)
  • 3 sudu teh/kecil butter.. kemudian cairkan
  • 160 ml air
  • 40 ml susu cair.. aku guna susu fresh milk je
  • 2 sudu besar gula halus.. (Aku guna gula kastor je.. then blend kasi hancur/halus)


CARA MEMBUATNYA :
  • Dalam bekas, campurkan tepung gandum dgn tepung ubi ( di ayak kedua2nya terlebih dahulu ).. masukkan sekali gula halus atau gula kastor td.. 
  • Kemudian.. tuang susu cair keatasnya.. jgn tuang kat mulut korang lak.. hahahha
  • Kacau sebati dgn menggunakan whisker..
  • Selepas itu, masukkan pula telor yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu.. telor tu just kacau2 gitu je tau, bkn pukul sampai kembang.. lepas masukkan telor tu sila kacau sebati..
  • Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi..
  • Masukkan pula air.. kacau lagi..
  • Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau..
  • Masukkan lak pewarna.. sukati korang le nak taruk kaler apa.
  • Last step, sila tapiskan adunan tersebut..


Adunan ni nampak macam sikit, tapi sebenarnya ia mampu menghasilkan 13 - 14 keping crepe tau.. tapi bergantung kepada saiz yg korang buat la.. kalau buat saiz besar2 sangat of kos la dapat sikit je..

JOM BELAJAR CARA MASAK CREPE :
  • Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn guna api yg kecil.. api jgn besar2 tau, kang cepat hangus lak crepe korang..
  • Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan..
  • Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat dgn menggunakan bontot senduk tu aje.. adunan tersebut jgn tebal sgt atau nipis sgt.. just nice org kata..
  • Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni toksah la di terbalikkan masa proses memasak..
  • Bila dah masak, korang lekangkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dgn cara terbalikkan
  • Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.. so, apalagi, gi lah sambung masak lagi sampai adunan abis..
  • Ohye, di sebabkan aku risau crepe yg dah di masak tu melekat satu sama lain kalau di susun berlapis2, makanya aku buat susun berselang dengan plastic. Ala.. lebih kurang macam burger mentah yang korang beli kat pasaraya tu.. tapi gunting plastic bersaiz yang sesuai dengan saiz lempeng korang tau.. kalau guna pinggan boleh gak, tapi kalau korang rajin nak basuh banyak2 tu ok lah kot.. yang malas macam aku ni, erm lebih baik guna plastic jer.. ^-^


 BAHAN INTI :
  •  150 ml fresh cream.. (resipi asal guna fresh milk, tapi di sebabkan fresh cream aku takde, makanya aku gantikan whipping krim.. whipping krim ni dah manis tau, so takyah nak tambah gula banyak)
  • Putar whipping krim/fresh cream sampai kental.. siappp..
  • Durian fresh / buah-buahan kegemaran lain

CARA MENGGULUNG CREPE :
  • Memula, letak sesudu kecil krim, isi durian..
  • Lapiskan semula dgn krim.. takyah banyak2, kang pyh nak balut..
  • Pastu tarik kulit kiri dan kanan dgn berhati2.. kulit crepe tau bkn kulit korang..
  • Pastu tarik kulit crepe bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas.. paham kan..?? jgn tekan2 inti tu tau.. tampo kang tgn tu
  • Kemudian terbalikkan.. dan ni hasilnya.. hehehehe..


Lebih kurang macam ni lah bila dah siap..
Gambar dari airtanganku
Sori ler, aku lupa nak snap gambar sendiri.. so terpaksa lah CnP gamba dari  beliau. maaf yer tuan rumah..  peace yo..

Nak lagi comel korang masukkan dlm papercup size besar.. dah siap sila sejukkan dlm freezer.. bkn bahagian sejuk beku tau.. sejukkan semalam.. baru sedap di makan.. 

Comments