SET PELANGSINGAN BADAN SHAKLEE

Kebelakangan ni begitu banyak produk pelangsingan badan keluar di dada-dada akhbar.. tak kurang jugak yg di promote kat FB dan TV... Bila dah terlampau banyak, confirm pengguna2 yg bercadang nak menguruskan badan tak kira lelaki atau perempuan akan pening kepala pk mana yang terbaik dan berbaloi... 

Ok2.. Kat sini aku bukan nak kondem produk orang lain naa... lagipun korang boleh pilih sendiri mengikut gerak hati sendiri... betul tak cik ton... :)

Actually aku nak share sikit tentang set pelangsingan badan dari shaklee ni. Baru sat tadi kawan yg sama2 biz homestay ngan aku call.. asalnya dia nak pas kat aku soran customer dia sebab rumah dia full. Maklumlah org tengah sibuk dengan PK (pilihanraya kecil). Ramai org luar daerah dtg nak cari tempat penginapan.. So sale homestay dah macam goreng pisang panas.. yg call aku pun sehari perpuluh2 org call tanya... Ada jugak yg amik kesempatan naikkan harga.. Aku?...  erm... tak naikkan hrg pun.. cukup dengan rezeki aku... Insyaallah... ish.. melalut pulak citer pasal homestay... 

Bila sembang punya sembang, rupanya kawan aku ni pengamal set pelangsingan badan Shaklee since 2 bulan yg lepas. Respon yg dia kata, memang memuaskan hati.. Dalam masa sebulan dia kata dah turun 5kg.. Tu pun kadang2 makan, kadang2 lupa... bagi aku kalau turun 5 kg dalam sebulan kira ok sgt la sebab shaklee ni bukannya ubat pelangsingan tapi makanan tambahan yang 100% natural... 

Aku pcaya mesti ada yang sanggup menghabiskan ribuan RM semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang lansing dan menawan. So, aku nasihatkan agr korang memahami dengan jelas, apakah konsep utama dalam pelangsingan badan supaya korang tidak merasa TERTIPU dengan produk-produk pelangsingan yang terdapat di pasaran.

Shaklee pun ada tawarkan set produk pelngsingan yg korang boleh pilih spt:-

1. BAKAR 
Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol



2. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi: membuang lemak, toksin dalam badan

3. BINA
Produk: CINCH SHAKE /SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh lepas berat badan turun.


BERIKUT MERUPAKAN LANGKAH YANG TEPAT UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN LEBIH BERKESAN:

LANGKAH PERTAMA: DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar (najis). Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.


Produk Shaklee yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. 
 
LANGKAH KEDUA: MEMECAHKAN LEMAK
 
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah. Seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Untuk makluman, Lecithin ni tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. 

Omega Guard pun turut membantu dalam proses memecahkan lemak dan mencegah obesiti. Omega juga dapat mengawal obesiti, merendahkan kolesterol bagi fungsi pengurusan berat badan. EPA dan DHA di dalam Omega Guard boleh merendahkan lemak dalam darah. 
LANGKAH KETIGA: MEMBINA OTOT 
Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot agar bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.



Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak tapi gantikan dengan Energizing Soy Protein / MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? 
Apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.

TIPS PENTING:
Program pengurusan berat badan adalah berbeza dengan diet yang extreme. walau apa jua cara, pastikan pemakanan yang betul dan sihat, kurangkan karbohidrat dan lebihkan pengambilan protein, dan pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. senaman dan pemakanan yang disiplin juga perlu dipatuhi. 

Sumber: tentangsihat

Comments