MH17 - PESAWAT MAS TERHEMPAS

Innalillahiwainnailaihirajiun....

Daripada Nya kita datang, kepada Nya jua kita kembali...

Malam tadi dengar berita pesawat MAS MH17 telah terhampas kat wassap.. kawan pos.. mula2 tu macam susah nak caya takut scam, tapi pagi ni bila kuar paper & TV baru percaya.. aku yang takda kaitan pun rasa sedih & simpati sangat2.. kat fikiran ni terbayang2 macamana perasaan & keadaan diorang yang kat dalam pesawat tu sebelum terhempas..

Satu-persatu dugaan menimpa MAS khusunya, & masyarakat Malaysia amnya.  yang paling sedih, bila maklumat yang diberitahu, pesawat tu di tembak jatuh di ketinggian 10,000 meter... fuhh.. tinggi tu.. ni sure guna peluru berpandu jarak jauh. So far tentera jer yang ada simpanan peluru berpandu ni. Aku pun taknak tuduh siapa yang bertanggungjawab & biarlah pihak berkuasa yang selesaikannya. Cuma aku terkilan sebab dah mengorbankan banyak nyawa yang tak berdosa...  

Kepada yang beragama Islam, al-fathihah disedekahkan & kepada yang non-muslim tu, takziah diucapkan.. 

Sedih sangat2... :(


Comments