Doh yang belum & ready untuk dibakar |
Sebenarnya kalau ikutkan resipi dia, roti bun asas yang biasa mak jemah buat.. tapi yang jadi penyedap nyer adalah sos butterscoth dia.. maveles gitu..
Rasanya ni dah kali kedua mak jemah buat roti madu lebah ni... oooppss. sarang lebah... mak jemah guna resipi bun manis yang mak jemah dapat dari kursus mahal nuh... perghh.. RM250.00 sehari kelas tau.. mahal bebeno.. tapi kerana ilmu + nak cari pendapatan tambahan, mak jemah join gak kursus tu.. alhamdulillah dengan ilmu yang sedikit tu la mak jemah dapat jd pembekal roti kat kantin sekolah dan kilang.. tapi tu cerita dulu2.. sekarang mak jemah tak buat dah.. sibuk ngan kerja yang berlambak kat opis tu. balik rumah jer, confirm dah longlai. letih dan lesu... huhuhuuuu...
Ok.. stop pasal kes mak jemah.. kita sambung balik pasal roti lebah ni.. actually mak jemah nak share resipi kat uols resipi mahal mak jemah. ikhlas mak jemah nak share... supaya sapa yang tak mampu gi kelas especially ibu2 tunggal, anak yatim atau orang yang berpendapatan rendah boleh gunakan resipi mak jemah ni untuk mulakan berniaga kecil-kecilan. untuk permulaan mungkin boleh jual kat pasar2 malam atau jiran tetangga..
Sebenarnya, dengan resipi ni boleh pelbagaikan design roti. Boleh buat bun pizza, sosej roll & macam2 lagi. semuanya bergantung pada kreativiti uosl..
Sebenarnya, dengan resipi ni boleh pelbagaikan design roti. Boleh buat bun pizza, sosej roll & macam2 lagi. semuanya bergantung pada kreativiti uosl..
Orait.. ni resipi nyer yer...
Bun Asas Manis
1/2 tepung roti (jenama diamond- tepung ni paling elok & roti akan cantik gebu kejadiannya)
9g yis (mauripan pun ok. tapi nak yang elok guna cap rose putih)
75g Gula
5g Garam
6g Bread Improver
50g margerin
18g Minyak masak
75g Ais Cube
194g Air suling
Hiasan
Badam Slice
Kuaci
Bijjan hitam/putih
Cara-cara
1) Mula-mula masukkan garam dulu kemudian tepung.
2) Masukkan semua bahan-bahan lain dan putar hingga elastik. Lagi lama kita adun, doh akan jadi sangat lembut & moist. Maka hasilnya akan lebih cantik
3) Bila dah elastik, boleh la uols buat bentuk bulat & susun atas loyang.
4) Untuk sapuan atas doh, saya gunakan susu cair jer. Hasil lepas bakar memang cantik. Pastu tabur kekacang kegemaran anda semua..
5) Bakar pada suhu 180'c
75g Gula
5g Garam
6g Bread Improver
50g margerin
18g Minyak masak
75g Ais Cube
194g Air suling
Hiasan
Badam Slice
Kuaci
Bijjan hitam/putih
Cara-cara
1) Mula-mula masukkan garam dulu kemudian tepung.
2) Masukkan semua bahan-bahan lain dan putar hingga elastik. Lagi lama kita adun, doh akan jadi sangat lembut & moist. Maka hasilnya akan lebih cantik
3) Bila dah elastik, boleh la uols buat bentuk bulat & susun atas loyang.
4) Untuk sapuan atas doh, saya gunakan susu cair jer. Hasil lepas bakar memang cantik. Pastu tabur kekacang kegemaran anda semua..
5) Bakar pada suhu 180'c
Caremel Sos
1) 1 sudu besar gula perang
2) 1/3 cawan susu pekat
3) 1/2 cawan susu cair
4) 2 sudu butter
Cara-cara
Masukkan semua bahan atas kuali panas. buka api kecik je tau. (jangan berani2 nak sentuh guna tangan. melecur nanti)
Kacau sos hingga pekat. Bila dah pekat tutup api.
Then, roti dah masak, sos pun dah masak. so apa lagi, tuangla sos tu atas roti..
Selamat ,mencuba semua....
Gambar lepas bakar tak sempat nak snap. Kerabat ramai menunggu dah tu.. Panas-panas diorang ngap roti tu... Huhuhuhu...
Baiknya mk jmah. Mudah2an Allah limpahi rezki bg org2 yg lokek ilmu. Mk jmah memang org yg cerdik.
ReplyDeleteSory silap taip .mudah2an Allah limpahi rezki bg mereka2 yg x lokek ilmu. Mcam mk jmah.
ReplyDeleteThanks awak.. mak jemah memang suka masak. tp lately memang tak sempat nak update resipi. Nanti mak jemah share resipi chocojar yang tengah hot tu ok.. :)
ReplyDeleteSemoga awak pun dilimpahi rezeki yang melimpah ruah..
ReplyDelete